The National University of Malaysia
COMMUNICAT MISC
KOD KURSUS KPT 4033
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI VISUAL DALAM
MEREKA BENTUK TEKNOLOGI PENDIDIKAN
INSTITUT MURABBI ANTARABANGSA NEGERI SELANGOR 2019
PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI VISUAL DALAM
MEREKA BENTUK TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Mohd Azmir Maideen1, Mohd Zaim Shafee2,
...[Show More]
KOD KURSUS KPT 4033
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI VISUAL DALAM
MEREKA BENTUK TEKNOLOGI PENDIDIKAN
INSTITUT MURABBI ANTARABANGSA NEGERI SELANGOR 2019
PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI VISUAL DALAM
MEREKA BENTUK TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Mohd Azmir Maideen1, Mohd Zaim Shafee2, Mohd Halil Jupri3, Amirul Syahid Jumari4
1234KAFA Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
ABSTRAK : Komunikasi visual pendidikan adalah konsep komunikasi yang disampaikan mengikut daya kreativiti guru dengan cara mengolah elemen reka bentuk yang terdapat dalam grafik dan multimedia. Tujuannya adalah untuk menerangkan, mendidik, mempengaruhi, memujuk dan memberi pengalaman visual kepada sasaran pelajar. Elemen visual memiliki daya pengaruh yang signifikan dalam teknologi maklumat bahkan boleh memberi impak yang besar kepada industri komersial mahupun gerakan massa dalam menyampaikan informasi atau mesej. Justeru penggunaan visual dalam pendidikan sangat penting dan amat disyorkan sebagai bahan alternatif pembelajaran yang boleh merangsang kecenderungan pelajar.
Kata Kunci : Prinsip, Komunikasi Visual, Teknologi Pendidikan
1.0 PENGENALAN
Pada masa kini bahan berbentuk visual kian banyak digunakan dalam aspek menyokong pembelajaran dan penyelesaian sesuatu masalah. Keperluan visualisasi kepada pembelajaran yang kompleks dapat membantu mengurangkan bebanan kognitif pelajar. Berdasarkan gaya pembelajaran (learning style) pelajar, visualisasi menjadi teknik altematif yang dapat membantu pelajar yang sangat lemah dan bersifat sederhana dalam meningkatkan daya tumpuan mereka. Keberkesanan visualisasi boleh memberikan makna tertentu dan menerangkan konsep serta reka bentuk sesuatu maklumat atau pengetahuan dengan baik
Sebagai warga pendidik, mempunyai kemahiran visual dalam membuat persediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah suatu keperluan asas yang sangat mustahak. Pemahaman terhadap komunikasi visual membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif. Penggunaan visual sangat istimewa dalam hubungan komunikasi manusia kerana ia mudah difahami walaupun masing-masing menghadapi halangan bahasa komunikasi lisan yang berbeza. Bahan grafik yang
berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar (Jamalludin & Zaidatun 2003).
2.0 DEFINISI KOMUNIKASI VISUAL
Secara umumnya, komunikasi adalah proses penjanaan makna (the generation of meaning). Ia merupakan proses sosial ketika individu menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menciptakan makna dalam lingkungan mereka (Hanafi 2017). Komunikasi berlaku dalam kehidupan manusia mengikut pelbagai cara. Namun, pada dasarnya komunikasi dapat dibezakan kepada dua metode iaitu komunikasi verbal dan non-verbal. Manakala komunikasi visual pula adalah sebuah rangkaian proses penyampaian informasi atau mesej kepada pihak lain dengan penggunaan media penggambaran yang hanya terbaca oleh deria penglihatan (Asia & Humin 2017).
Terdapat dua elemen penting dalam komunikasi visual iaitu grafik dan multimedia.
Rajah 1.0: Elemen Dalam Komunikasi Visual
Komunikasi visual adalah kombinasi semiotik (theory of signs) yang terdiri daripada seni, lambang, tipografi1, gambar, reka bentuk grafik, ilustrasi, dan warna dalam penyampaiannya (Bertoline & Wiebe 2003). Dalam bidang komunikasi visual, elemen visual (aspek tampak) adalah amat penting dan menjadi penyebab kepada wujudnya komunikasi dengan audiens. Terdapat dua elemen visual dalam reka bentuk komunikasi visual iaitu; (1) Imej atau gambar, dan; (2). Tipografi. Kedua-dua elemen ini dipersembahkan
[Show Less]